BANK SOALAN SPM
Hai adik-adik. Selamat berjumpa lagi. Bagaimana dengan persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini? Mesti semuanya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kan. Atau pun masih terlalu awal untuk adik-adik membuat ulang kaji? Cikgu pernah berhadapan dengan pelajar yang mengatakan bahawa tak perlu terlalu awal mengadakan ulang kaji. Adakah pendapat itu benar? Jawapannya tentu ada pada diri adik-adik semua. Bagi cikgu, untuk mendapatkan kejayaan yang luar biasa ialah dengan cara melakukan tindakan yang luar biasa. Apa maksudnya tu? Ini bermaksud walaupun peperiksaan SPM lambat lagi nak menjelang, tetapi hakikatnya untuk berjaya dengan cemerlang, kita mesti bersedia daripada awal. Betul tak? Usaha perlu dilipatgandakan. Latihan ke arah peperiksaan perlu dipraktikkan agar adik-adik semua biasa dengan soalan peperiksaan sebenar. Jadi di sini cikgu sediakan beberapa koleksi soalan percubaan SPM tahun lepas yang melibatkan pelbagai negeri yang berlainan. Cikgu harap ianya mampu dimanfaatkan adik-adik semua khususnya calon SPM 2014. Cikgu doakan adik-adik berjaya dengan cemerlang.