~Tentang Saya~
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Salam perkenalan,salam muhibbah, salam perpaduan, salam kasih sayang buat adik-adik pelajar yang dikasihi. Saya Cikgu Hayati, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Sekarang bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Persendirian Cina Pin Hwa, Klang. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Indera Petra di Kelantan, kemudian melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi UIA, dan seterusnya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perakaunan. Alhamdulillah dan syukur peluang belajar tidak pernah putus kerana kini sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma Pendidikan di Kolej New Era dalam semester terakhir KDC.
