~SELAMAT DATANG KE LAMAN CIKGU HAYATI~
Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya membina laman sesawang yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan melalui laman sesawang ini, dapatlah saya berkongsi ilmu dan pendapat dengan pelayar-pelayar laman sesawang terutamanya adik-adik pelajar tentang Bahasa Melayu.
Tujuan utama pembinaan laman sesawang ini adalah untuk membantu para murid dan guru untuk sama-sama terus memartabatkan Bahasa Melayu agar bahasa ini terus perkasa. Bahasa ini bukan sahaja dipelajari untuk lulus peperiksaan semata-mata, malahan diharapkan sedikit maklumat yang diambil dari laman sesawang ini dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan berbahasa dan menambahkan pengetahuan orang ramai.
Buat adik-adik pelajar sekalian, ingatlah bahawa "Hidup memerlukan suluhan pengorbanan untuk mengecapi gemerlap kejayaan dengan titipan doa yang penuh keikhlasan". Salam penuh takzim kepada semua pngunjung laman bahasa ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat maanfaatnya. Akhir kata daripada saya, "Selamat Maju Jaya, Bahasa Jiwa Bangsa".